Selasa, 25 September 2007

02Tugas03

Definisi Komputer :


Istilah komputer (computer) berasal dari bahasa latin Computare yang artinya menghitung.Komputer
mempunyai arti yang sangat luas dan berbeda untuk orang yang berbeda. Berikut ini definisi komputer
yang didapat dari beberapa buku komputer. Menurut buku Computer Annual (Robert H.Blissmer),
komputer adalah suatu alat elektronik yang mampu melakukan beberapa tugas sebagai berikut :

Menerima input

· Memproses input tadi sesuai dengan programmnya

· Menyimpan perintah-perintah dan hasil dari pengolahan

· Menyediakan output dalam bentuk informasi

Menurut buku Computer Today (Donald H.Sanders), komputer adalah sistem elektronik untuk
memanipulasi data yang cepat dan tepat serta dirancang dan diorganisasikan supaya secara otomatis
menerima dan menyimpan data input.
Menurutbuku Computer Organization (V.C. Hamacher, Z.G. Vranesic. S.G. Zaky), komputer adalah mesin
penghitung elektronik yang cepat dapat menerima informasi input digital,
Menurut buku Introduction To The Computer, The Tool Of Busines (William M.Fouri), komputer adalah
suatu pemroses data (data processor) yang dapat melakukan perhitungan besar dan cepat, termasuk
perhitungan aritmatika yang besar atau operasi logika, tanpa campur tangan dari manusia
mengoperasikan selama pemrosesan. Menurut buku Introduction To Computers (Gordon B. Davis),
komputer adalah tipe khusus alat penghitung yang mempunyai sifat tertentu yang pasti. Dari beberapa
definisi yang didapat dari berbagai buku, dapat disimpulkan bahwa komputer adalah :

· Alat elektronik
· Dapat menerima input data
· Dapat mengolah data
· Dapat memberikan informasi
· Menggunakan suatu program yang tersimpan di memori komputer (stored program)
·Dapat menyimpan program dan hasil pengolahan
· Bekerja secara otomatis

Sedangkan yang disebut dengan program adalah kumpulan instruksi atau perintah terperinci yang sudah
dipersiapkan supaya komputer dapat melakukan fungsinya dengan cara yang sudah tertentu.


SEJARAH KOMPUTER:


Sejarah Komputer Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki dekad 40an.Beribu-ribu komputer telah
dibina dan perkembangan komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan ingatan.
Zaman sekarang menandakan permulaan generasi komputer. Terdapat lima generasi komputer kesemuanya dan
setiap generasi mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum).
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.
3 Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.
Contoh :
• ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John V. Atanasoff dan dibantu oleh
Clifford Benry.
• ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper Eskert. Dibina tahun 1945 - 1946,
permulaan era cemerlang.
• EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann, Mauchly dan Eskert ( 1951 )
• IBM 700 ( 1953 )
• IBM 650 ( 1959 ).

Generasi kedua (1959 - 1964)
1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.
2. Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley.
3. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang.
4. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
5. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
6. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
7. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
8. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL

. Generasi Ketiga (1964 - 1970)
1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.
6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.

Generasi Keempat (1971 -1999)
1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI).
2. Penggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory ( CD ROM )).
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.

Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini)
1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.


KOMPONEN SISTEM KOMPUTER

Komputer ialah mesin yang boleh diprogramkan untuk menerima data
(input), memproses data ke bentuk maklumat yang berguna kepada manusia (output) dan menyimpan
data dalam storan sekunder untuk simpanan atau kegunaan akan datang.Sistem komputer terdiri daripada
tiga komponen utama iaitu perkakasan(hardware), perisian(software), dan akhir sekali pengguna(user)

PERKAKASAN
Perkakasan ialah semua peralatan yang berkaitan dengan komputer.
Peranti yang disambung terus ke komputer dikenali sebagai peranti perifera.
Terdapat empat unit perkakasan komputer. Proses Output INPUT Input ialah
data yang dimasukkan ke dalam komputer untuk di proses di mana data akan ditukar ke bentuk isyarat digital
supaya boleh difahami oleh komputer (bahasa mesin).

OUTPUT
Output ialah maklumat yang berguna yang akan dikeluarkan oleh komputer hasil dari
pemprosesan data yang dikeluarkan dalam bentuk yang difahami oleh manusia, komputer atau peranti
lain.
Bentuk output ;
Salinan Keras (Hard Copy) - iaitu output yang dihasilkan secara kekal dan boleh disimpan.
Contoh : cetakan diatas kertas oleh pencetak. Salinan Lembut (Soft Copy) - ialah output yang dihasilkan
secara sementara iaitu ia tidak dapat dikeluarkan jika tiada bekalan elektrik.
Contoh : Paparan pada monitor dan output suara.
Peranti output ialah perkakasan yang digunakan untuk mengeluarkan output di mana output dalam bentuk
yang komputer fahami akan ditukar ke bentuk yang boleh difahami oleh manusia atau peranti lain.
Contoh : monitor, pencetak, COM (computer outputmicroform), peranti output suara, peranti output muzik, pemplot.



Sumber:
http://misstriad.wordpress.com/2006/10/05/definisi komputer/
Jogiyanto,H.M,1990,Pengenalan Komputer, Andi offset,Yogyakarta
http://nextlevel.com.my/article/305
www.kismec.org.my/it_dept/modules.php?name=news&file=article&sid

Tidak ada komentar: